Sonny Side dari Best Ever Food Review Show adalah host untuk rancangan makanan yang semakin popular di YouTube. Beliau mencuba nasi lemak di Village Park dan menurut Sonny, ini adalah nasi lemak paling sedap beliau pernah makan sepanjang beliau di Malaysia.
Terus sahaja ke minit 7.20 untuk melihat reaksi Sonny. Suka betul beliau dengan nasi lemak ini. Ada masa kami akan cuba makan nasi lemak di sini. Ada yang pernah cuba makan nasi lemak di sini? Anda setuju dengan pendapat Sonny ini?
P/S: Ada seorang anak Malaysia yang kini menempa nama di Korea Selatan dengan menjual nasi lemak panas di sana. Anda boleh baca kisah beliau di sini.
No comments:
Post a Comment