Pulau Pangkor Diisytiharkan Zon Bebas Cukai, Kecuali Untuk Rokok, Arak Dan Kenderaan

Target lokasi percutian rakyat Malaysia termasuk juga tempat-tempat zon bebas cukai. Antaranya termasuklah Labuan dan juga Pulau Langkawi.
Baru-baru ini, semasa pembentangan Bajet 2018 baru sahaja lepas pada 27 Oktober. Terdapat sebuah pengumuman yang menggembirakan yang telah diumumkan di mana,  Pulau Pangkor akan diisytiharkan sebagai kawasan zon bebas cukai.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa benda yang masih dikenakan cukai, iaitu rokok, minuman keras dan juga kenderaan. Selain daripada ketiga-tiga jenis barangan ini, barangan-barangan lain masih bebas cukai.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyatakan bahawa ia perkara yang pasti membuat orang Perak amat gembira setelah menunggu masa yang lama untuk menerima status tersebut.
Beliau berpendapat bahawa ia akan meningkatkan kadar pelancong ke negeri tersebut. Beliau juga mengatakan status tersebut merupakan bukti Barisan Nasional memenuhi manifesto yang dikeluarkan semasa pilihan raya ke-13.
Kekurangannya, kerajaan perlu berbelanja untuk memastikan tiada apa-apa aktiviti penyeludupan.
DAP Naib Bendahari-General Ngeh Koo Ham menyatakan bahawa kos berlebihan diperlukan untuk membina kastam dan juga memeriksa kapal-kapal yang masuk dan keluar dari kawasan tersebut.



sumber : taiko.com

No comments:

Post a Comment